Resepi Raspberry Cheesecake Bars

Resepi Raspberry Cheesecake Bars

Bahan-Bahan:

Oreo Crust –

18 keping biskut Oreo – dihancurkan bersama-sama dengan creamnye sekali, jangan membazir.
3 sudu makan butter cair

Cheese Filling –

60 gm coklat putih – dicairkan (untuk dicampurkan ke dalam cheese) – TAK NAK LETAK PUN TAKPE
500 gm cream cheese – suhu bilik
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1/2 -3/4 botol kecil Raspberry Preserve (ni je yang ada stock kat dalam esbok) atau boleh juga guna apaa-apa jem jika suka

Hiasan –

70-100 gm coklat putih – dicairkan (untuk buat hiasan atas kek)

Cara-Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 170°C.

2. Sapukan keseluruhan loyang 8 inci persegi dengan sedikit butter. Alaskan dengan aluminium foil hingga tertutup sampai atas supaya mudah untuk mengeluarkan kek dari loyang. Ketepikan.

3. Campurkan biskut yang telah dihancurkan bersama butter cair. Gaul sebati. Tekankan ke dalam loyang hingga mampat. Ketepikan.

4. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese, gula dan esen vanilla hingga licin dan sebati. Masukkan coklat cair dan pukul lagi hingga rata.

5. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga licin dan sebati. Tuangkan adunan cheese ke atas biskut dan ratakan.

6. Bakar selama 30-40 minit hingga di tengah-tengah permukaan kek mula mengeras. Bergantung juga pada kepanasan oven masing-masing ye.

7. Bila kek dah masak, diamkan sekejap je. Pastu sapukan raspberry preserve di atas kek yang masih panas.

8. Masukkan coklat cair (untuk hiasan) ke dalam piping bag. Picitkan corak ikut suka.

9. Biarkan kek betul-betul sejuk. Bila dah sejuk, tutup loyang dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam fridge semalaman.

10. Keluarkan kek dari loyang. Potong empat segi panjang atau ikut suka la ye.

Resepi Raspberry Cheesecake Bars

Resepi Oleh: Aini Binte Madon