Resepi Biskut Lemon Shortbread

Salam, masa cuti kelmarin saya ada membuat biskut Lemon shortbread untuk minum petang. Minat biskut nie dari zaman kerja hotel lagi. Bahan-bahanya ringkas, hanya dengan menggunakan 6 bahan sahaja. Bila bakar aroma lemon memenuhi segenap ruang rumah, sesuai dihidangkan dengan secawan teh.

Resepi Biskut Lemon Shortbread

Bahan-Bahan:

400 gm mentega
250 gm gula castor
2 sudu makan lemon emulco

Bahan Ayak –

100 gm tepung beras
600 gm tepung gandum

Hiasan: Gula castor untuk ditabur

Cara Buat:

1. Pukul mentega dan gula castor hingga hancur. Masukan lemon emulco dan kacau rata.

2. Masukkan bahan yang diayak tadi hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan. Jika doh lembut sila tambah tepung sedikit.

3. Canaikan doh, letak tepung di board pencanai sedikit, potong guna pisau atau macam saya guna pemotong agar-agar plastik. Tabur gula castor dan ratakan sebagai hiasan.

4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit. Jika nak senang bentuk doh tips dari saya masukkan dalam fridge selama 1 jam, dan boleh terus canai dan potong.

Nota: Doh dicanai agak nipis untuk rasa lebih rangup, dan simpan di dalam bekas kedap udara. Nak pelbagaikan resepi nie pun boleh dengan mengganti perisanya, contoh Coffee emulco or choc emulco.

Resepi Oleh: Lissa Raziab