Mee

Resepi Mee Bandung

resepi-mee-bandung

Resepi Mee Bandung

Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
6 ekor udang basah
2 ekor sotong
50 gm udang kering – ditumbuk
1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk
Sedikit sayur sawi – dihiris
Sedikit kobis – dihiris halus
Sedikit hirisan daging – direbus
Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
4 biji telur
Gula dan garam secukup rasa
Mee kuning – dicelur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar –

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan –

Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. 5Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.

4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.

5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.