Mee

Resepi Mee Rebus Udang Istimewa

resepi-mee-rebus-udang-istimewa

Resepi Mee Rebus Udang Istimewa

Bahan Kuah:

  • 1kg udang saiz besar/sederhana
  • 1 rangka ayam (boleh ganti dengan daging or tulang)
  • 300g ubi keledek rebus hingga empuk*
  • 2 sdm taucu*

+ Kisar bersama bahan bertanda (*)

  • 1/2 cwn kacang tanah sangai buang kulit dan kisar kering
  • 1 liter air
  • 3 sdm sos tomato
  • 1 sdm tepung gandum bancuh bersama sedikit air untuk pekatkan kuah (jika perlu)
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • 1/2 kiub ayam
  • gula/nisan
  • Garam

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas garlic
  • 1 inci halia
  • 20 biji cili kering direbus (kurangkan jika tak mo pedas)
  • 1/2 cwn udang kering

Bahan Sampingan:

  • 500g mee kuning dicelur
  • 2 bj tomato dihiris
  • 3 bj telur rebus
  • 2 bj kentang direbus potong kiub
  • Tauhu digoreng
  • Fishcake/fishball jika suka
  • Bawang goreng
  • Daun sup & daun bawang
  • Limau kasturi/nipis

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air dan rangka ayam, kemudian masak hingga mendidih.

2. Kemudian keluarkan rangka ayam, masukkan keledek dan taucu kisar, kacang tanah serta sos tomato. Masukkan bancuhan tepung, garam, gula/nisan dan kiub ayam. Biarkan kuah pekat.

3. Akhir sekali, masukkan udang dan bila udang dah masak, balancekan rasa. Jika ok tutup api. Hidangkan bersama bahan sampingan. Hepi kuking.

Resepi Mee Rebus Udang Istimewa

Resepi Oleh: Kak Roy