Resepi Mee Yang Popular di Sarawak, Mee Jawa

Bahan-Bahan:

Keledek oren (ikut banyak mana nak) 1kg
Bawang merah 7-8 biji
Bawang putih 4-5 ulas
Serai 4-5 btg (nanti akan dihiris halus)
Lengkuas (ikut suka)
Serbuk kari
Daging lembu 1kg & tulang lembu lagi sedap kalau ada.

Hiasan –

Telur rebus
Tauge
Cili besar
Limau kasturi
Bawang goreng
Tauhu goreng

Cara Memasak:

1. Rebus tulang & daging lembu dalam periuk. Sampai isi daging empuk. Keluarkan isi daging. Air rebusan simpan, nak guna balik.

2. Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas (hiris halus + blend sekali, tapis buang air).

3. Keledek (kupas bersih, potong kecik-kecil) Rebus keledek sehingga lembut, kemudian blend, tambah air, buat macam puree (1/2kg keledek untuk hidangan 5-6 org).

4. Tumis bahan blend (bawang, lengkuas, serai) sampai wangi. Masukkan serbuk kari & tumis (kalau untuk 4-5 orang makan, sukatan sesenduk kari, letak lebih pun takpe).

5. Dah wangi, masukkan keledek yang dah di blend, tambah air (boleh guna air rebusan daging yang akan diguna untuk bahan hiasan) ikut kuantiti yang anda nak.

6. Masak sampai mendidih, masukkan 2-3 sudu sos tiram, 4-5 sudu kicap manis, garam, gula secukup rasa. Masak sampai mendidih. Selalu kacau bagi rata.

7. Nak celurkan mee kuning – didihkan air, letak sikit bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis dalam air mendidih. Lepas celur dalam air panas, celur lagi sekali dalam air biasa untuk elak mee melekat.

8. Nak lagi ummpphhh, boleh sediakan kicap cili.

Bahan & cara buat untuk kicap cili:

Bawang putih 3-4 ulas
Cili padi (ikut banyak mana nak)

Tumis kedua bahan ni dengan sedikit minyak sampai bawang jadi kekuningan sikit & cili nampak macam masak. Angkat. Tumbuk rata tambah sedikit gula. Tumbuk lumat. Masukkan kicap, perah sedikit limah kasturi.

Bahan hiasan: Bawang goreng, kepingan daging rebus dihiris nipis, telur rebus, tauge, daun sup/daun bawang, hirisan cili, tauhu goreng.

Resepi Oleh: Iqtiyani Md Al-Amin

Comments are closed.