Kek

Resepi Marble Bundt Cake

resepi-marble-bundt-cake

Resepi Marble Bundt Cake

Bahan-Bahan:

500g salted butter, suhu bilik
400g gula halus
8 biji telur grade A
2 sudu kecil esen vanilla
400g tepung tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
8 sudu besar susu segar
4 sudu besar serbuk koko atau 1/2 cawan chocolate cip, cair kan guna microwave 3 minit

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar hingga 180C (350 ° F)

2. Griskan loyang dengan sedikit butter, ketepikan. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.

3. Guna mixer, campurkan butter dan gula putar sehingga kembang. Masukkan telur pertama. Putar lagi, ulang sehingga berkrim.

4. Masukkan vanilla esen putar lagi, masukkan tepung putar lagi sehingga sebati. Akhirnya, masukkan susu. Putar hingga sebati.

5. Ambil 1 cawan adunan kosong dan campurkan dengan serbuk koko (atau 1/2 cawan chocolate cip yang telah di cairkan) dan kacau sebati. Masukkan adunan kosong ke dalam loyang ratakan.

6. Goncangkannya dengan pelahan untuk rata kan. Tuangkan adunan koko di tengah-tengah loyang, dan layang ringan adunan koko dengan pisau butter. Saya biasanya melakukan bentuk “S” dengan pisau butter beberapa kali. Jangan layangkan kasar sangat, nanti bercampur aduk dedua adunan dah tak jadi marble nya.

Cuba Resepi Ni:  Basque Burnt Cheesecake Ringkas dan Mudah

7. Bakar selama 40-45 minit dan sehingga coklat keemasan. Cucuk dengan lidi di tengah-tengah kek tengok masak atau tidak. Kalau dah masak, keluarkannya dari ketuhar dan biarkan sejuk pada rak dawai selama 5 minit lagi. Keluarkan dari loyang dan hidangkan.

Resepi Oleh: Lina Thomas