
Dulu masa kecil-kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal ngan saya hingga kini Sup Tepung. Alhamdulillah, jadi fav family. Ari ni buat sarapan, boleh juga wat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, org tua dan kanak-kanak.
Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
Resepi Sup Tepung
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
seikat sawi (RM3- sawi kampung lagi best)
minyak utk menumis
garam secukupnya
Cara Masak:
1. Uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.
3. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis. Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.
4. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
5. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.
Resepi Oleh: Joriah Jue – MAHN