Pastry

Resepi Mini Magnum Cheesetart

resepi-mini-magnum-cheesetart

Resepi Mini Magnum Cheesetart

Shell Tart

Bahan-Bahan:

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Cara Buat:

1. Pukul margerine dan gula icing hingga sebati. Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung.

2. Uli sebati dengan senduk kayu. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm. Buang lebihan doh tepi acuan. Cucuk bahagian tengah dengan garfu.

3. Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.

Filling Cheese

Bahan-Bahan:

500 gm cream cheese (cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal)
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu)
Sedikit esen vanilla

Cara Buat:

1. Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu. Masukkan telur (telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu – anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih). Kemudian putar sekejap aje.

Cara Buat Mini Magnum Cheesetart

1. Susun shell tart dalam tray. Letakkan filling di tengahnya (filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella).

2. Masukkan cream cheese dalam piping bag, gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.

3. Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak, kemudian letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.

4. Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C. Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan.

Untuk Lapisan Coklat Luar:

Cairkan coklat compound/coins gunakan kaedah double boiler atau cairkan dalam microwave. Selepas tart sejuk, celupkan dalam coklat yang telah cair dan hiaskan dengan shredded almond. Lapisan coklat akan mengeras bila disejukkan.

Resepi Mini Magnum Cheesetart

Resepi Oleh: Noorul Izzah Marzuki