Resepi Masakan Thai Tom Kha Gai
Tom Kha Gai Sup, juga dikenali sebagai Chicken Coconut Sup adalah hidangan Thai yang sangat aromatik. Dibuat dengan ayam, cendawan, serai, lengkuas dan cili padi dalam sup kelapa berkrim. Ianya adalah hidangan Thai yang enak yang pasti menghangatkan anda dengan rasa pedas, masam dan berkrim. Apa yang pasti, ianya akan termasuk dalam senarai makanan kesukaan anda.
Bahan-Bahan:
- 300-400gram isi ayam (dipotong kecil)
- Bawang merah 3-4 biji
- Bawang putih 4 ulas (dikatok)
- 5cm lengkuas (dihiris)
- 6 batang cili padi merah (dihiris)
- 2 batang serai (dipotong serong)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 200ml coconut milk/santan susu
- 6 helai daun limau purut (dipotong 2)
- cendawan (tiram/cendawan butang/etc)
- 2 sudu besar jus limau@jus lemon
- 3sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula
- Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong)
- 1-2 cawan air
- 1 kiub ayam
Cara Memasak:
1. Sediakan periuk, masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih, dan akar ketumbar. Masak semua bahan selama 6 minit.
2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan masak seketika. Seterusnya, masukkan tomato, cili padi, dan daun ketumbar.
3. Masukkan pula sos ikan, jus limau atau lemon, kiub ayam, gula, cendawan dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan susu santan atau coconut milk. Masak seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah