Resepi Acar Limau Asli Utara
Marhaban ya Ramadan. Setiap kali menjelang Ramadan kami akan menyediakan acar limau resepi asli keluarga Tok Minah ini. Kepada peminat-peminat acar boleh lah mencuba. Memang sedap sebagai pembuka selera. Resepi acar limau untuk 18-20 biji limau jeruk.
Bahan A – Untuk Kuah:
- Chili kering dalam 15-20 biji
- Halia – 3”
- Bawang besar – 3 biji
- Bawang putih – 10 ulas
- Cuka – 1/2 cawan
- Gula Batu – 50 gm
- Gula Melaka – 2 keping
- Gula Pasir – 5 ke 7 Sudu Besar
- Minyak masak – 3/4 cawan
Bahan B – Bahan Acar:
- Limau nipis jeruk, 15-20 biji, Rendam limau jeruk 1 ke 2 jam untuk keluarkan lebihan garam, basuh bersih dan dibelah dua.
- Bawang Merah (bawang kecil) – 15 ulas (tak perlu di potong)
- Halia – 3” hiris memanjang
- Bawang putih – 15 ulas
- Lobak putih – 150 gm
- Cabai Melaka – 20 biji
- Buah kurma – 30 biji
- Kismis – 250 gm
- Biji sawi – 2 sudu besar
- Biji Lenga (bijan) – 5 sudu besar
Cara Memasak:
1. Blender halus bahan A, bahan 1,2,3, dan 4 untuk di tumis.
2. Panaskan minyak dan masukan bahan tumis yang telah diblender. Tambah satu cawan air dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan cuka dan bahan A 6,7, dan 8 (Adjust kemanisan mengikut selera anda). Tambah gula jika perlu.
3. Masak sehingga sebati dan naik minyak dengan api yang sederhana. Masukkan bahan B, bahan 1,2,3,4,5, 6, dan 7. Tambah sedikit air dan adjust kepekatan mengikut kesukaan.
4. Masukkan bahan 8,9, dan 10. Bahan-bahan ini hendaklah digoreng dahulu tanpa minyak sehingga naik aroma. Rasa masin dari limau jeruk dan lobak putih sudah mencukupi. Tambah garam jika perlu.
5. Acar semestinya mempunyai cukup rasa masam, masin, manis, dan pedas. Adjust mengikut selera anda. Kecilkan api dan biarkan acar masak perlahan lahan dalam 10 – 15 minit.
6. Pastikan acar betul-betul masak sehingga minyak naik berlenang. Biarkan di dalam periuk sehingga 3-4 jam.
7. Masukkan ke dalam balang atau bekas kaca. Lebih lama acar disimpan lebih sedap rasanya. Selamat mencuba!.
Selain Acar Limau, Acar Buah Ni Pun Sedap Juga >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Sulia Awang