
Resepi Lempeng Jagung
Bahan-Bahan:
2 batang jagung
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cwn gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
Cara Membuat:
1. Hiris isi jagung, kemudian campur semua dengan bahan di atas, gaul sebati. Peram selama 1-2 jam.
2. Panaskan pan atau kuali leper, guna api perlahan. Tuangkan adunan 1 senduk dan ratakan. Perhatikan permukaan adunan akan menjadi lubang-lubang.
3. Bila permukaan adunan sudah nampak kering, bolehlah terbalikkan. Masa ni anda akan nampak warna pada kulit lempeng akan jadi perang lembut.
4. Untuk tempoh ni, cuma sekejap saja ok, bolehlah angkat. Tekstur lempeng mesti jadi berongga ok, tu tandanya lempeng anda menjadi. Ulang hingga adunan habis.
Resepi Oleh: Jay Anne Zaihan