Ayam

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

resepi-ayam-masak-hitam-ala-kenduri

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan A: Perap 1 jam

  • 1 ekor ayam – dipotong dan dibersihkan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis

Bahan B: Menumis

  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga

Bahan C: Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 7 tangkai cili kering – buang biji dan rendam air panas
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan D: Lain-lain bahan

  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 sudu makan maggi cukup rasa
  • 2 sudu besar kerisik
  • kicap lemak manis ikut kesesuaian rasa
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil air panas
  • 2 senduk minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan dua senduk minyak, tumiskan bahan B hingga naik bau. Masukkan bahan kisar C dan tumis lagi hingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan bahan A iaitu ayam yang telah diperap tadi, kacau hingga sebati. Biarkan bahan masak sebentar.

3. Akhir sekali, Letak bahan D dan rasa masakan secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan pecah minyak, tutup api. Sedia untuk dinikmati dengan apa-apa jenis nasi, memang sedap.

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish