Ayam

Resepi Ayam Bakar Mayonis

resepi-ayam-bakar-mayonis

Resepi Ayam Bakar Mayonis

Hi korang. Dia mai dah, asal dia mai macam biasa la kan tepek gambar ayam bakar. Kali ni ayam mayonis. Korang boleh ubah suai bahan ikut sesuai selera ya. Maaf saya terlupa ambik gambar ayam masa perap tadi.

Kentang tu saya kupas, potong dan rebus. Bila dah empuk, tos air kemudian ambil sedikit butter, cili flakes dan oregano. Kemudian gaul rata. Slow-slow ye, kang hancur pulak.

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam, cuci bersih dan toskan

Bahan A –

  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih

+ Saya tumbuk halus. Boleh kalau anda nak letak halia, serai.

Bahan B – (agak-agak la ye, secukupnya)

  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Sos tomato (2 sudu besar)
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Madu
  • Cili flakes
  • Mayonis (1/2 ekor ayam, saya letak 3 sebab mayo)
  • Garam (agak-agak ye sebab dah ade sos tiram)
  • Minyak bijan (boleh ganti minyak masak)

Cara Buat:

1. Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.

2. Saya bakar dalam oven suhu 200c atas bawah selama 20 minit, kemudian turunkan suhu 180c bakar sehingga masak. Saya terbalikkan ayam tu supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam tu.

Nota: Oven saya besar, suhu oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pastikan anda kenal suhu oven anda supaya ayam tak rentung.

Resepi Ayam Bakar Mayonis

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s