Laksa, Masakan Thai

Resepi Laksa Siam Original

resepi-laksa-siam-original

Resepi Laksa Siam Original

Laksa Siam original resepi dari sahabat saya kak Rozmaliza Omar. Mashaallah sedap rasa lemak kuahnya, pedas berapi dan haruman dari daun selasih. Berbagi rasa antara ahli keluarga dan jiran tetangga. Saya copy paste resepi ni insyaallah next time boleh try lagi.

Bahan-Bahan:

1-2 kg laksa halus

Kuah –

  • 1 kg ikan selayang direbus dan diblend
  • 5-6 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili padi*
  • 4 biji cili kering diblend
  • 1 inci Lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • sedikit belacan*
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 2-3 helai daun selasih
  • Asam keping
  • Buah terung hijau atau terung pipit dan rebung madu
  • 2 tangkai Daun Selasih
  • 1/3ekor ayam
  • Ulam-ulaman
  • Kacang panjang – dipotong 1 inci
  • Timun batang – dipotong 1 inci
  • Daun selasih
  • Daun ulam raja
  • Daun petai golok

Cara Membuat:

1. Bahan yang bertanda * diblend. Tumiskan bahan-bahan yang diblend dengan sedikit minyak. Masukkan ayam, biarkan kering air ayam dan empuk.

2. Masukkan santan cair. Biarkan mendidih dan masukkan isi ikan yang sudah diblend. Masukkan asam keping dan santan pekat. Masukkan terung, kalau guna terung ulam mesti belah 2. Kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut, rebung madu dan setangkai daun selasih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Laksa ala Chinese

3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

4. Masak hingga kuah mendidih, jangan sampai pecah minyak. Sambal tu kalau ada yang suka lagi pedas kaw kaw boleh taruk cili flakes atau buat sambal belacan cili api.

Resepi Laksa Siam Original

Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali