Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar –

15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:

1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.

2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.

3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.

4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.

5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

masak-lemak-tempoyak-ikan-patin