Roti

Resepi Roti Jejari Berkeju

resepi-roti-jejari-berkeju

Resepi Roti Jejari Berkeju

Bahan-Bahan:

Sediakan doh asas ban manis (Rujuk resepi asas ban manis di bahagian bawah )
Hiasan
Keju Cheddar yang telah diparut
Gula

Cara Membuat:

1. Bahagikan doh kepada 60gm dan bentukkan menjadi bebola. Biarkan selama 10- 15 minit.

2. Ratakan doh yang telah dibebola, canaikan menjadi jejalur panjang 30 sm ( seperti pembaris panjang). Masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah digris minyak kemudian biarkan ia menaik ditempat yang suam selama 40-45 minit.

3. Sapukan telur dan taburkan gula juga keju cheddar di atas doh.

4. Bakar pada suhu 190’c selama 12- 15 minit sehingga berubah warna kuning keemasan.

Resepi Asas Roti Ban Manis (Kaedah Doh Segera)

Bahan-Bahan:

Bahan 1

500gm Tepung Roti 100gm Tepung gandum
110 gm Gula
10gm garam
20gm Tepung susu
4 sudu yis segera
1 sudu Peningkatan roti (bread imrover)

Bahan 2

1 biji Telur
300ml Air sejuk
1/3 sudu cuka

Bahan 3

60gm mentega / marjerin

Cara Membuat:

1. Adun semua Bahan 1

Cuba Resepi Ni:  Resepi Macaroni Meatball Cheese Baked

2. Tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.

3.  Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal.

4.  Bentukkan menjadi bebola dan tutup doh dengan plastik,biarkan ia naik selama 15 minit atau berganda saiznya.

5. Siap untuk membuat roti atau ban.

Resepi-Roti-Jejari-Keju