
Hari ini, ada sedikit kerajinan lepas hampir sebulan dapur tak berasap. Sebab rajin, maka buatlah Marbled Yogurt Brownie ni untuk minum petang. Sama aje cara macam buat brownie biasa, cuma tambah 1 step aje untuk lapisan atasnya.
Resepi Marbled Yogurt Brownie
Bahan-bahan:
400 gm coklat masakan/coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
50 gm serbuk koko
Cara-cara:
1. Satukan coklat masakan yang dipotong kec dan butter, cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
2. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko, ayak. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan ketika coklat masih panas.
4. Masukkan tepung yang bercampur koko tadi ke dalam adunan coklat sedikit-sedikit dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang telah di lapik kertas kek dan dioleskan juga dengan butter.
6. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
7. Bila dah masak, tutup oven. Keluarkan brownie & sejukkan 20 minit.
Topping Yogurt
Bahan-Bahan:
1 tin yogurt perisa asli
250gm cream cheese
3/4 cawan gula
2 biji telur
3 sudu tepung gandum
30gm coklat masakan dicairkan dengan 2 sudu butter
Cara-cara:
1. Cairkan coklat masakan dengan butter di dalam microwave. Ketepikan.
2. Putar cream chese hingga kembang. Masukkan telur dan gula, putar hingga gula larut. Campurkan yogurt dan putar hingga sebati. Ayakkan tepung gandum & kaup balik guna spatula.
3. Tuangkan atas lapisan brownie. Paipkan coklat di atas lapisan yogurt & lorekkan dengan lidi. Bakar 20 minit dengan suhu 160°C atau ikut sesuai oven masing-masing.
+ Boleh guna yogurt perisa lain & titikkan sedikit warna ikut warna buah untuk sedikit kelainan.
Resepi Oleh: Faiza Mohammed Asari