Kuih Muih

Resepi Kuih Putu Bihun

resepi-kuih-putu-bihun

Siapa pernah makan? Kuih Putu Bihun. Bukan hanya sedap digoreng atau makan dengan sup. Bihun pun boleh dibuat kuih. Sedap, lembut dan lemak manis rasanya, tak cukup makan seketul.

Resepi Kuih Putu Bihun

Bahan-Bahan: (20 Biji)

100 grm bihun
50 grm gula pasir (4 sudu makan)
100 ml santan pekat (1/2 kotak santan size kecil)
2 sudu makan tepung ubi
pasta pandan @ pewarna makanan
esen pandan
secukupnya kelapa parut gaul dengan garam

Cara Membuat:

1. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain. Gaulkan kelapa parut & garam, kukus sekejap. Ketepikan.

2. Siapkan acuan putri ayu atau kuih lompang dan sapu sedikit minyak. Rendam bihun dengan air panas hingga lembut, toskan. Gunting atau potong-potong.

3. Campurkan santan, gula, pasta pandan atau pewarna dan esen pandan kemudian didihkan (api kecil).

4. Masukkan bihun, kacau rata dan biarkan hingga santan betul-betul meresap (kacau sekali sekala). Tutup api. Alihkan bihun ke bekas lain. Bancuh tepung ubi dengan sedikit air dan gaul rata bersama bihun.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Bangkit

5. Sudukan kelapa parut ke dalam acuan putri ayu, tekan-tekan. Kemudian, sudukan bihun hingga penuh. Jika guna acuan kuih lompang, sudukan bihun sahaja hingga penuh. Kukus selama 15 minit.

Resepi Oleh: Eka Zahra