Manisan

Resepi Mango Float with a Twist of Blackberry Taste

resepi-mango-float-with-a-twist-of-blackberry-taste

Resepi Mango Float with a twist of Blackberry Taste

Tak perlu masak, mudah dan sedap segar rasenye.

Bahan-Bahan:

Buah mangga secukupnya-dipotong dadu (saya guna 3 biji)
Biskut marie secukupnya. (1 bungkus sederhana besar)
Sedikit susu segar untuk mencelup biskut Marie (susu kotak full cream Dutchlady tu je)
Diary whipping cream 1 Litre (saya guna 1 kotak whipping cream Anchor).
Cream cheese 250g yang kecil (cheese Tatura comel)
Susu pekat manis kurang setin (ikut tahap manis anda).
Blackberry puree (atau Mangga puree) secukupnya (kalau takde pon takpe la, Lapis mangga kiub je pon sedap)

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga lembut dan tidak berketul.

2. Satukan cheese tadi dengan diary cream dan susu pekat manis. Pukul sampai likat, sebati dan gebu (rase lemak-lemak tidak terlalu manis. Sila adjust).

3. Dalam bekas, mulakan dengan celup biskut marie dan susun ratakan biskut-biskut tersebut.

4. Lapiskan dengan letak cream yang telah dipukul tadi dan ratakan. Kemudian letakkan sedikit blackberry (or mango) puree (kedai bakery ada jual).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tiramisu Tanpa Telur

5. Letak selapisan biskut marie yang dicelup susu segar lagi, lapiskan dengan cheese dan taburkan potongan mangga.

6. Ulang cara No. 5 sehingga penuh bekas tersebut. Akhir sekali, tutup cream tadi dengan tabur biskut marie (saya tak tabur biskut), mangga cincang/kiub seperti di gambar.

7. Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dihidang. Kalau simpan freezer rase ais krim jadinya.

Resepi Mango Float with a twist of Blackberry Taste

Resepi Oleh: Malindawati Mohd Fadzil