Resepi Lompang Pandan Dihidangkan Dengan Kelapa Parut
Sarapan pagi kami hari ni. kami nak share resepi kuih lompang pandan cara kami.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 sdb tepung ubi
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 sdk air kapur
- 1/2 sdk garam halus
- 2 cawan air daun pandan (blend 10 helai daun pandan dengan 2 cawan air)
- Kelapa parut ambil putih sahaja dicampur dengan sedikit garam halus kemudian dikukus sekejap.
Cara Membuat:
1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir dan garam. Masukkan air daun pandan yang telah ditapis ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga semua bahan sebati. Sebelum dikukus, pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih.
3. Sapukan acuan lompang dengan minyak. Panaskan acuan lompang dalam kukusan selama 5 minit (ni untuk dapatkan lesung pipit kat tengah-tengah kuih tu).
4. Lepas 5 minit, keluarkan acuan, dan tuang adunan kuih tadi dalam acuan hingga hampir penuh. Kemudian kukus semula kuih selama 20 minit.
5. Selepas siap dimasak, pastikan kuih betul-betul suam atau sejuk baru keluarkan dari acuan lompang. Hidangkan dengan kelapa parut, siap!.
Nota: Tips supaya kuih cantik, pastikan tutup pengukus dibalut dengan kain bersih supaya air wap tak menitik semasa kuih dimasak. Selamat mencuba.
Guna Pengukus Elektrik Macam Ni Kuih Masak Sempurna! >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Wirawati Negara