Kek

Resepi Kek Bangsawan Victoria Sandwich Cake

resepi-kek-bangsawan-victoria-sandwich-cake

Resepi Kek Bangsawan Victoria Sandwich Cake

Hai supermak semua. Hari ini #DapurMakRerama nak share resepi Victoria Sandwich Cake. Senang kata kek bangsawan, kerana kek ini kegemaran seorang Ratu. Kek ini mewah dengan rasa mentega yang istimewa. Lemak, manis dan masam yang serasi bersama. Mak kakchik suka sangat. Sesuailah kan? Mak kan ratu hati kita semua. Jom kita start.

Bahan-Bahan Kek:

  • 250g butter
  • 200g gula castor
  • 4 biji telur saiz A
  • 250g self raising flour
  • 3 sb susu cair
  • 1 st esen vanila

Bahan-Bahan Strawberry Filling:

  • 250g strawberi
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sdm lemon
  • 2 sdm tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Bahan-bahan aising
  • 1 cawan whipping cream
  • 2 sdm instant custard

Bakar suhu 170 selsius selama 45 minit. Ikut oven masing-masing ya.

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dengan gula. Pukul mentega sampai pucat ye. Masukkan telur sebiji dengan sebiji. Nak makan sedap kena sabar. Masukkan esen vanila. Bagi wangi dan naik rasa lemak mentega tadi. Bukan kita je nak pakai perpium. Kek pun sama.

2. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Masukkan susu cair tadi dan pukul lagi ya. Kakchik pakai hand mixer saja. Tak perlu beli mixer heavy duty pun. Pakai whisk pun boleh.

3. Bila dah sebati semua bahan, masukkan dalam loyang saiz 8. Bakar dengan suhu 170 selsius selama 45 minit. Ikut oven masing-masing ya.

4. Untuk buat strawberry filling; Stoberi dan jus lemon masukkan dalam pengisar. Basuh bersih sebelum guna. Kang ada jem stoberi rasa sambal kejap lagi. Haru…

5. Kemudian, masukkan gula dan tepung jagung, masukkan air dan kisarlah sehingga hancur semuanya. Bila dah hancur semua, masukkan dalam periuk atau kuali. Gunakan api yang kecil saja ya. Masak sampai mendidih dan memekat. Dah siapppp. Makan dengan roti pun sedap oih.

Cuba Resepi Ni:  Basque Burnt Cheesecake Ringkas dan Mudah

6. Seterusnya, pukul whipping cream supaya dia memekat sikit. Guna whipping cream non dairy dan pastikan dari peti sejuk ya. Kemudian, masukkan instant custard. Boleh beli di kedai bahan bakeri dan pukul sampai dia kental ya.

7. Masukkan dalam plastik tiga segi. Kakchik pakai nozel bintang. Jom kita mekapkan kek. Bahagi kek kepada 2 bahagian. Picitlah whipping cream ikut rasa hati. Janji cantik. Lapiskan pula dengan jem stoberi, letak 1 lagi bahagian dekat atas. Setersunya, buat benda yang sama pada bahagia atas kek pula.

8. Akhir sekali, hiaskan dengan buah stoberi segar dari ladang pasaraya. Selamat mencuba. Kek yang gebu, mewah dengan rasa mentega yang lemak berkrim. Berpadu dengan stoberi filling. Perghhhh. Makan sambil pejam mata.

Resepi Kek Bangsawan Victoria Sandwich Cake

Resepi Oleh: Umi Watie