
Resepi Kari Telur Rebus
Bahan-Bahan:
2 sb rempah kari ayam – dicampur dengan air suam untuk dijadikan pes
santan cair
santan pekat
kentang – dipotong 4 atau ikut kesesuaian
telur rebus – ikut kesukaan berapa biji
tomato – jika suka dan ikut kesukaan berapa biji
garam sesedap rasa
1 keping asam keping
Bahan Tumis:
bawang merah – hiris
bawang putih – hiris
halia – hiris
daun kari
buah pelaga jika suka
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak masak
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan masukan semua bahan tumis.
2. Bila dah naik bau, masukan pes kari dan perlahankan api, biar sehingga pecah minyak.
3. Masukan santan cair dan kentang. Bila kentang dah agak lembut, masukan santan cair, asam keping dan sesedap rasa garam.
5. Masukan telur dan biar hingga mendidih.