
Kuruskan Badan Dengan Teh Kulit Lemon
Jus lemon sering digunakan dalam minuman detox untuk membantu melangsing tubuh badan. Tetapi tahukah anda, kulit lemon juga mempunyai khasiat yang tinggi untuk membantu membakar lemak dalam tubuh anda dengan lebih cepat. Oleh itu, kami kongsikan resepi teh menggunakan kulit lemon yang senang untuk disediakan.
Cara Menyediakan Teh Kulit Lemon;
1 sudu makan kulit lemon yang telah diparut
Segelas air
Beberapa titis jus lemon
Bahan pemanis seperti madu asli
Masukkan air dalam periuk dan tambahkan kulit lemon. Didihkan dengan api yang kecil selama 5 minit. Matikan api dan tambahkan jus lemon. Masukkan pemanis dan kacau rata. Anda disarankan untuk meminum teh ini setiap pagi dalam keadaan perut kosong.
Teh kulit lemon juga sangat bagus untuk menghilangkan gas atau angin dan mencegah kembung perut. Teh ini bermanfaat untuk meneutralkan kadar alkali dalam tubuh. Selain itu, kandungan di dalamnya akan membakar lemak dan juga merangsang metabolisme yang membantu anda langsing dengan lebih cepat.
Jika anda sedang hamil atau menyusu bayi, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor dengan doktor sebelum mencuba tips ini. Oleh kerana anda menggunakan kulit lemon, maka pastikan lemon yang anda pilih itu segar dan organik. Selamat mencuba.