Daging, Masakan Barat

Cara Buat Lasagna Daging, Mudah Tapi Sedap

resepi-lasagna-daging

Assalamualaikum maaf lambat share resepi lasagna daging. Kepada yang bertanya tadi, ini caranya. Cara saya buat untuk makan dan meniaga secara kecil kecilan dari rumah. Semoga bermanafaat dan Allah murahkan rezeki kita semua, amin.

Resepi Lasagna Daging

Bahan:

Rebus 9 keping lasagna sheet sampai lembut dan ketepikan. Air rebusan lasagna sheet tu masukkan sedikit garam dan minyak.

Bahan Inti Daging Lasagna:

Bahan Tumis –

1 labu bwg holland dipotong dadu
2 ulas bwg putih dicincang halus

Bahan Lain –

1 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
1 keping daging kisar ramly
1 tin sos spagetti prego
1 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
1 sdb cili kisar

Bahan Perasa –

Sedikit garam, gula, oregano kering, Italian herbs, lada sulah, lada hitam kisar, dan steak pinch.

Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sampai naik bau, masukkan cili kisar dan bahan perasa kemudian masukkan daging kisar dan tomato serta carrot. Masak agak sampai daging kering sedikit airnya.

2. Kemudian masukkan sos spaghetti prego dan sos-sos yang lain. Masuk air sedikit dan biarkan renih sampai pecah minyak dan kering sedikit kuahnya. Siap dan ketepikan.

Sos Bechamel atau Sos Putih 

Bahan:

2 camca besar buttercup
2 camca besar tepung gandum
2 cawan susu fullcream dutch lady
3 keping cheese slices
Sedikit garam dan lada hitam kisar

Caranya:

1. Panaskan non stick pan dengan buttercup, apabila dah cair masukkan tepung gandum dan masukkan pula susu, garam dan lada hitam kisar. Masak bagi mendidih kemudian masukkan cheese slices. Kacau sampai cheese hancur dan tutup api.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Rendang Daging

2. Sos ni kena sedang-sedang je tak mau pekat sangat or cair sangat. Kalau pekat masukkan sedikit air dan kacau sikit.

Langkah Penyediaan:

1. Dalam bekas aluminium atau loyang, susun 3 keping lasagna sheet yang dah rebus tadi. Kemudian lapiskan ia dengan inti lasagna daging, kemudian sapukan atas inti lasagna tadi dengan bechamel sos.

2. Kemudian taburkan cheese mozzarella dan cheddar yang diparut. Ulang proses ini sampai habis, resepi ni dapat 3 layer ngam-ngam.

3. Lapisan atas sekali tabur sedikit oregano kering dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sampai permukaan atasnya garing.

4. Dah siap bakar, biarkan sejuk kejap dan bolehlah dipotong dan dinikmati bersama sos cili.

Resepi Oleh: Sitinurhayaty Ani