
Resepi Nasi Bukhari dengan Ayam Bakar Halia dan Dalca
Nasi Bukhari
Bahan: (untuk 8 – 10 orang)
3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
4 cawan air
3/4 cawan susu sejat
1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
3 biji cili hijau – dibelah
1 pokok daun ketumbar
2 biji buah tomato – dibelah 4 setiap biji
sedikit gula (optional)
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
bawang goreng untuk tabur – akak tak buat pun
hirisan daun bawang – tabur (akak tak letak)
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara Memasak:
1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 – 15 minit. Kemudian toskan. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato.
4. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.
Ayam Bakar/Panggang Halia
Bahan Utama:
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
Bahan Kisar:
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yang dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah
Cara Memasak:
1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan (akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar). Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (akak perap 2 jam).
2. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak (akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh…).
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing (Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
4. Hidangkan bersama salad dan timun (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging).
Dalca
Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang – belah 4
5 batang kacang panjang – potong pendek
1 biji carrot – potong pendek dan kecil
1 cawan kacang dhal – rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh (ummi tak da stok ni)
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda – potong kecil
2 biji tomato – belah 4
1 labu bawang besar – belah 4
2 biji terung bulat – belah 4
4 cawan santan -,1/2 biji kelapa
1 bungkus rempah kari daging
1/2 cawan air asam jawa – bancuh
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih – tumbuk atau hiriskan
3 cm halia
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
2. Panaskan minyak sapi & minyak. Tumiskan bahan yang dihiris sehngga wangi.
3. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
4. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam.
5. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji. Renehkan sehingga naik minyak lagi. Siap untuk hidangan.
Resepi Oleh: Ummi @ Home Sweet Home
Dikongsi Oleh: Kesavan Supramaniam