Biskut, Kuih Raya

Resepi Ultimate Chocolate Chip Cookie

resepi-ultimate-chocolate-chip-cookie

Salam.. Just nak share chocolate chip cookies recipe yang saya pakai berbelas tahun. Resepi ni saya dapat buku masakan BETTY CROCKER. Sekarang dah ada online resepi ni. Saya buat jual cookies ni tapi saya improvise sikit.

Resepi Ultimate Chocolate Chip Cookie

Bahan-Bahan:

1 cawan butter (lebih kurang 230gm)
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 1/2 suduteh esen vanilla

Bahan Kering (diayak):

2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam halus

2 cawan chocolate chip

Cara-cara:

1. Panaskan oven ke 180 c.
2. Satukan butter, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang & sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
6. Bakar selama 10 – 15 minit sehingga perang.
7. Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah di alih ke atas redai atau pun dulang.

Tips:

1. Saya selalu bakar pada 15 – 18 minit untuk jadikannya rangup.
2. Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookie lagi sedap. Selalunya saya beli di kedai bakery imported choc chip.
3. Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
4. Ada yang bagitau esen vanilla tu gantikan dengan coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap.

Selamat mencuba. Dipersilakan share.

Resepi Oleh: Zakiah Zainudin

NAK LAGI RESEPI BISKUT YANG SEDAP? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT