Puding

Resepi Umali Egyptian Bread Pudding

resepi-umali-egyptian-bread-pudding

Resepi Umali Egyptian Bread Pudding

Puding ni lembap dan moist jadi tak perlukan sos kastad. Tapi kalau nak makan dengan ice cream dan sos kastad pun boleh je. Kalau nak folo original resepi boleh guna susu pekat manis dan guna 1 jenis kacang dan dried fruit saja. Mau lagi healthy boleh guna low fat milk. Wangi bau cinnamon, sedap dan syok je kunyah kekacang. Kalau kome kaya buleh guna pistachio ye. Hepi menerai.

Bahan-Bahan:

  • 3 ketui croissants
  • 1 loaf kekacang
  • 1 litre susu segar
  • 1/4 cup madu – boleh tambah jika suka manis
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 cup kismis
  • 1/4 cup cranberry kering
  • 1/4 cup apricot kering dihiris kecil
  • 1/4 cup kcg badam hiris kecil
  • 1/4 cup kcg walnut dihiris kecil
Resepi Umali Egyptian Bread Pudding

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 175c.

2. Potong croissants dan loaf menjadi kiub besar. Ratakan campuran roti di dalam loyang yang sesuai dan taburkan dengan buahan kering.

3. Kemudian lapiskan lagi campuran roti dan taburkan pula kekacang dibahagian atas. Ketepikan.

4. Di dalam periuk yang sesuai masukkan susu, madu, serbuk kayu manis dan vanila. Whisk hingga susu mendidih sedikit.

5. Tuang susu diatas roti dan biarkan roti menyerap susu dalam 5 minit. Bakar selama 30-40 minit hingga masak keperangan.

6. Sejukkan pada suhu bilik atau selepas dinginkan dalam peti ais. Titiskan madu semasa menghidang.

Resepi Umali Egyptian Bread Pudding

Resepi Oleh: Keroroyz Royz