Resepi Kurma Telur, Ringkas Tapi Menyelerakan

Resepi Kurma Telur

Bahan-Bahan:

4 Ulas Bawang kecik/merah dimayang halus
4 Ulas Bawang putih dimayang halus
Sedikit halia dimayang halus
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang (tak letak pun tak pa)
3 Cawan santan pekat
2 peket Rempah Kurma, brand apa pun ok. (yang ni akak pakai Rempah Kurma Adabi)
10 biji Telur
2 biji cili merah/hijau dan sebiji bawang besaq yang di belah 4

Cara Memasak:

1. Tumis bawang, putih, bawang merah, halia dan kulit kayu manis/bunga lawang.

2. Apabila bahan-bahan tumis tadi dah layu, masukkan Rempah Kurma bersama 2 cawan air.

3. Kacau rempah kurma tu sehingga pecah minyak. Apabila rempah Kurma hampir kering dan pecah minyak masukkan Santan.

4. Biar santan mendidih dan pekat/pecah minyak. Ok dan buleh masukkan Telur dan cili hiasan/bawang besar yang dibelah 4.

5. Dalam 2 minit dah boleh tutup api. Kalau lama nanti telur tu keras. Jangan lupa garam dan gula/ajinomoto.

Resepi Oleh: ‎Roskaryati Abu Bakar‎