Kuih Muih

Resepi Kuih Vadai

resepi-kuih-vadai

Resepi Kuih Vadai

Bahan-Bahan:

4 cwn kacang dal (rendam 4 jam)
4 biji bawang besar *
2 biji cili merah *
2 biji cili hijau *
3 tangkai cili kering *
1 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
2 tangkai daun sup & daun bawang *
1 tangkai daun kari *
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam & serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Semua bahan yang bertanda * dicincang halus.

2. Tinggalkan 1/2 cawan kacang dal, selebihnya dikisar dengan telur dan masukkan sedikit air dalam 1 senduk kecil saja.

3. Selesai kisar yang tadi, campurkan bahan kisar tu dengan 1/2 cawan kacang dal dan semua bahan yang lain dalam 1 bekas. Gaul sebati.

4. Panaskan kuali dengan api perlahan, kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan. Siap, sedia untuk dihidang.

Resepi Oleh: Zainab Idar