Nasi

Resepi Nasi Goreng Udang Kering

resepi-nasi-goreng-udang-kering

Resepi Nasi Goreng Udang Kering

Bahan-Bahan:

5 cawan nasi
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus –

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )
1 inci belacan

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2. Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram, minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.

3. Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra.

4. Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Bolehlah dihidangkan.