Durian Mille Crepe Rasa Durian Lemak Berkrim
Selagi tak abis musim raja buah, sampai 3 kali buat Durian Mille Crepe ni. Febret sangat, 17 layer crepe dilapisi dengan filling durian kastad yang creamy. Makan pulak sejuk-sejuk, makan sambil geleng-geleng kepala, tak terkata nikmatnya.
Bahan Filling Kastad Durian Creamy:
- 1 1/2 cawan isi durian
- 1 cawan susu full krim
- 4 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar tepung kastad
- Beberapa titik pewarna kuning
- 1 cawan non dairy whipping cream
Bahan Crepe:
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu besar gula aising
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 biji telur C
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 cawan susu full krim
- 3 sudu besar air
- Beberapa titik pewarna kuning
Cara Membuat:
1. Filling Kastad Durian; Satukan susu, gula, tepung kastad dan pewarna kuning. Kacau sebati dulu baru buka api. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat, berkilat dan meletop-letop.
2. Masukkan isi durian dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan dulu. Pukul non dairy whipping cream hingga kental dan bertanduk. Campur kastad durian yang telah sejuk. Pukul hingga sebati.
3. Crepes; Satukan semua bahan-bahan crepe. Kacau dan tapiskan. Panaskan non stick pan. Saya pakai saiz 20 cm. Sapu sikit minyak dengan menggunakan tisu. Tuang satu senduk adunan, lenggangkan hingga nipis dan rata.
4. Masak di atas api kecil hingga permukaannya kering dan menggelembung. Satu adunan akan dapat 17-18 keping crepes, bergantung pada saiz pan yang digunakan jugak.
5. Bentangkan crepes. Sapu filling kastad durian, jangan tebal atau nipis sangat. Kemudian, lapisan dengan crepe. Ulang cara yang sama hingga habis.
6. Untuk mencantikkannya saya picit fresh cream menjadi bunga di atas crepes dan sapu di keliling crepes. Simpan di dalam freezer selama 3-4 jam hingga set. Potong dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.
Boleh Guna Non Dairy Whipping Cream Macam Ni Untuk Rasa Lebih Berkrim >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah


