Kuih Muih

Resepi Kuih Tradisi Johor Belebat Ubi

resepi-kuih-tradisi-johor-belebat-ubi

Resepi Kuih Tradisi Johor Belebat Ubi

Akak tunjuk sikit isi dalam dia, memang sedap, tak tipu. Ada orang panggil lepat ubi tapi kebanyakkan orang Joho panggil belebat ubi.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan ubi parut
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yang perlu dimasak, sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam
  • Daun pisang secukupnya – di layurkan dan lapkan bersih

Cara Membuatnya:

1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulurnya dan parut.

2. Setelah siap, ambil kanji yang terdapat pada air tos ubi tadi (yang keras dibawah dan airnya di buang). Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tepung ubi dan air gula merah yang telah ditapis tadi. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.

4. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dengan kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.

5. Kukus lepat ubi selama 40 minit dengan api sederhana kuat. Biarkan kuih betul-betul sejuk, barulah dihidangkan.

Resepi Kuih Tradisi Johor Belebat Ubi

Resepi Oleh: Zila Norazila