Resepi Kuih Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal

Resepi Kuih Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal

Kuih ni sedang trending kat medsos asbab ‘S’ masak secara live kat TT baru-baru ni. Sebak tengok dia makan sambil nangis, tentu dia rindukan seseorang kat Malaysia. Jadinya, hakak share resipi dan cara hakak buat kuih ni. Follow jer resipi kat bawah ni. In syaa Allah ‘anti gagal’. Serius lembut tau dengan ingatan tulus ikhlas, jangan curang resipi.

Bahan Bahagian Pulut (Bawah):

  • 1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan, kali ni saya tak rendam pun)
  • 1 1/2 cawan santan sederhana cair
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)

Cara Membuat:

1. Panaskan air kukusan hingga mendidih. Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik. Masukkan semua bahan dan kukus selama 25-30 minit guna api besar.

2. Bila dah siap, buang daun pandan dan biarkan sekejap selama 5-10 minit. Pastu tekan-tekan bagi padat, pastikan padat tau.

Bahan Bahagian Atas (Lapisan Pandan): Sila baca bahagian ini dan fahamkan

  • 3 cawan santan sederhana pekat – Kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (sikit jer tau, tak nak letak pun tak pa) pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis ya.
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar membukit tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum dan tambah lagi 1 sudu besar tepung gandum (saya guna brand Baker’s Choice dan Sauh saja tau)
  • Sedikit pewarna hijau epal

Cara Membuat:

3. Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk, kacau sebati guna whisk. Kemudian masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas jer, jangan lama tau).

4. Tuang 1 atau 2 senduk atas pulut dan kukus selama 7 minit hingga 10 minit dengan api sederhana perlahan (Jika nak tuang semua adunan hijau terus ke atas pulut pun boleh, lagi mudah).

5. Buka tudung kukusan, cucuk-cucukkan menggunakan garfu semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau. Teruskan mengukus selama 25-30 minit. Setiap 7-10 minit buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.

6. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit lagi. Saip!

Nota: Pastikan serimuka dah betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik. Selamat mencuba.

Guna Loyang 8×8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Kuih Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Kuih Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal

Resepi Oleh: Mariana Zainal