Resepi Kuih Seri Muka Kayu Manis

Resepi Kuih Seri Muka Kayu Manis

Tetiba tetingin nak makan Kuih Seri Muka, tengok ada extra daun pandan fresh yang kak lina beli last week… apa lagi zasssss buat setalam, first time buat guna fresh dunpandan ni memang berbeza dari segi rasa dan bau, best sangat.

Bahan-Bahannnya:

  • 500gm beras pulut (direndam sekurang2nya 2 jam)
  • 600ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kecil garam halus

+ Kukus pulut bersama santan selama 25 minit atau sehingga, tekan Dan padatkan.

+ Guna loyang 10×10, atau acuan kuih lompang disapu sedikit minyak dan di lapik dengan plastic berukuran 16X16

Bahan Bahagian Atas:

  • 200gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 20gm tepung kastard
  • 800ml santan kelapa
  • 16 helai daun pandan (boleh kurang kan) – dikisar halus
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 biji telur grade A
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Buat:

1. Campurkan semua bahan diatas, guna whisk kacau sebati, tapis ke dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga naik wap.

2. Tapis sekali lagi, kemuadian baru cedok ke dalam adunan pulut. Ikat tudung kukusan dengan kain atau tutup loyang dengan aluminum foil, kukus lagi 25 minit atau sehingga masak.

Resepi Kuih Seri Muka Kayu Manis

Resepi Oleh: Lina Thomas