Kuih Muih

Resepi Putu Piring

resepi-putu-piring

Resepi Putu Piring

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan gula merah
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pandan digunting 2 inci persegi

Cara Membuat:

1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.

2. Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan. Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seeloknya air panas.

3. Panaskan pengukus. Griskan acuan putu (saya guna acuan tat) dengan sedikit minyak. Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.

4. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan. Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

5. Letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pandan/pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Dah boleh makan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Pandan Bakar

Resepi Oleh: Ina fFower