Kuih Muih

Resepi Kuih Serabai Kuah Lemak Manis

resepi-kuih-serabai-kuah-lemak-manis

Resepi Kuih Serabai Kuah Lemak Manis

Bahan-Bahan:

4 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1/2 paket yis mauripan
4 sudu gula
Secubit garam
Setengah paket eno original – Paket biru

Cara Membuat:

1. Campurkan semua adunan kecuali eno. Tuang air secawan demi secawan hingga dapat kepekatan yang sedikit cair. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

2. Perap bahan selama 2 jam, tutup adunan dengan tudung periuk (adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih). Setelah diperap, masukkan eno dan kacau lagi hingga sebati.

3. Lepas adunan dah sedia, sendukkan ke dalam acuan serabai yang telah di oles dengan marjerin atau minyak masak.

4. Tutup acuan dengan tudung periuk selama 5 minit atau sehingga tepung masak. Angkat dan hidangkan dengan kuah lemak manis.

Resepi Kuah Lemak Manis

Bahan-Bahan:

2 cawan santan
2 sb tepung gandum
4 sb gula
Secubit garam
Seketul gula melaka
Daun pandan

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan masak menggunakan api yang sederhana hingga kuah pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Manja Lembut

2. Bila sudah masak, hidangkan dengan kuih serabai.

Resepi Oleh: Rohaida Abd Rahman – MAHN