Makanan Laut

Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga

sotong-bakar-sumbat-bersama-sambal-belacan-mangga

Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga

Resepi Sotong bakar sumbat bersama sambal belacan mangga atau boleh juga cicah bersama air asam, pun sedap.

Bahan-Bahan:

  • 7 ekor sotong saiz sederhana – Dicuci bersih

Bahan Inti/Sumbat:

  • 4 biji telur
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • Sedikit garam dan secukup rasa
  • 1 sudu besar penuh butter

Cara Memasak:

1. Cairkan butter, goreng telur seperti buat telur hancur dan perasakan endgan sedikit cukup rasa maggi dan serbuk lada sulah.

2. Masukkan telur hancur yang telah siap dimasak ke dalam perut sotong dan kepilkan dengan lidi supaya telur didalam tidak terkeluar.

3. Salut sotong dengan sedikit garam kunyit dan bakar. Zie bakar menggunakan instant pot duo crisp, Instant Pot pilih menu “airfryer “. Bakar selama 10 minit pada suhu 180c atau sehingga masak.

Bahan Sambal Belacan Mangga:

  • 1 biji buah mangga lemak pilih yang betul-betul keras buang kulitnya dan cincang halus.
  • 15 biji cili padi merah jika suka pedas boleh lebihkan
  • 6 biji lada besar merah@hijau
  • 2 inci belacan bakar kena banyak baru sedap
  • 1 biji limau nipis perah ambil airnya
  • Garam, gula, aji no moto secukup rasa
Cuba Resepi Ni:  Resepi Ikan Tongkol Goreng Berempah

Cara Membuat:

1. Masukkan sedikit air masak dan kisar semua bahan di atas hingga lumat atau mengikut kasar disukai. Setelah siap gaul lah bersama mangga yang telah dicincang nipis, siap.

Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga

Resepi Oleh: Aisyah Humaira