Resepi Kuih Limas Asli Negeri Perak
Lapisan Bawah:
- 4 cup santan cair
- 3 cup air pandan (12 helai daun pandan)
- 8 tbsp gula pasir
- 2 1/2 cup tepung gandum
- 1/2 tsp pewarna apple green (optional)
+ Satukan semua hingga sebati dan tapis.
Lapisan Atas:
- 5 cup santan pekat (2 biji kelapa)
- 1 1/2 cup tepung gandum
- 2 tsp garam halus
+ Satukan semua hingga sebati dan tapis. Jika santan terlalu pekat, kurangkan sedikit tepung.
Bahan Lain: Gula pasir secukupnya untuk ditabur dalam temalong/bekas dadih.
Cara Membuat:
1. Panaskan pengukus dengan api besar. Pastikan penutup kukus dibungkus dengan kain.
2. Susun temalong/bekas dadih dalam bekas pengukus. Taburkan gula pasir secukupnya dalam temalong/bekas dadih (Jika temalong saiz besar isikan gula dalam 1 sudu makan, jika kecil 1/2 sudu makan. Nak letak lebih pun boleh.
3. Tuangkan bancuhan lapisan bawah dalam temalong/bekas dadih lebih kurang 1/3 bekas. Kukus selama 10-12 minit. Kemudian biarkan sejuk seketika dalam 10 minit supaya bancuhan tidak bercampur.
4. Tuangkan bancuhan lapisan atas pula. Kukus selama 10-12 minit lagi. Keluarkan dari pengukus dan sedia dihidangkan. Simpan dalam peti sejuk lagi sedap.
Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi