
Resepi Kuih Lepat Liat Utara
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung pulut
setengah cawan santan
3 sudu makan gula putih
1 sudu kecil garam
Kelapa parut bersama sedikit garam gaul sebati
Daun pisang
Minyak masak untuk sapuan
Untuk Dimasak –
1 cawan gula merah + 1/2 cwn air
Cara Buat:
1. Masak air gula merah dan ketepikan. Masukkan santan dalam bekas tepung pulut kacau dan masukkan gula putih dan garam kacau sebati.
2. Masukkan air gula merah sambil ditapis dan kacau lagi hingga tepung tak berketul-ketul.
3. Ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak. Letak 1 atau 2 sudu makan adunan serta ratakan. Sapu sedikit minyak pada jari dan tekan adunan.
4. Letak inti nyok yang telah digaul bersama sedikit garam. Balut bagi kemas.
5. Akhir sekali ambil adunan lepat liat dan kukus selama 45 minit. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nor Hasimah