Roti

Resepi Sardin Gulung Rangup

resepi-sardin-gulung-rangup

Resepi Sardin Gulung Rangup

Bahan A:

10 keping roti gardenia @ sandwich biasa
3 biji telur
1 cawan serbuk roti
Sedikit garam
Minyak menggoreng

Bahan B: (untuk inti)

1 tin kecil sardin
2biji limau kasturi (ambik jus dia jer)
1biji cili (suke pedas letak la banyak yer)
1biji cili merah( kasi cincang itu punye bawang)
1 labu kecil bawang besar (cincang jugak deh)

Cara Buat:

1. Masukkan bahan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garfu ye.

2. Masakkan bagi kering sedikit ye. Masukkan inti tadi atas roti dan gulung. Gam dengan sedikit telur yang dah dipukul tadi.

3. Celupkan roti yang dipukul tadi dengan sedikit garam.

4. Golekkan roti yang telah dicelup tadi ke dalam serbuk roti.

5. Goreng dalam minyak yang dah panas dan nampak kuning keemasan.

6. Angkat dan toskan. Lepas tu boleh la hidang dengan sos cili atau mayonis sedikit.

Auchhhh terangkat beb. Memang sodappp. Anak pasti teruja. Tak kan asyik makan roti telur jerr kan.
Tak kesah nak makan time pagi ke petang ke malam ke serba boleh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Jala Dengan Kuah Kuzi Ayam

Resepi Oleh: Huda Seman