Kuih Muih

Resepi Kuih Lapis Pandan

resepi-kuih-lapis-pandan

Resepi Kuih Lapis Pandan

Bahan-Bahan: (Loyang 8″ x 8″)

300 g tepung gandum
200 g gula pasir
800 ml santan (200ml KARA + air)
1 sk garam
2 helai daun pandan – disimpul
2 sb air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Masak santan,gula,garam dan daun pandan hingga mendidih dan sejukkan.Tapis.

2. Campurkan tepung kedalam adunan santan dan gaul rata. Tapis lagi dan adunan di bahagi 2 dan bubuh air daun pandan dan pewarna hijau pada 1 bahagian.

3. Kukus selapis-selapis berselang-seli warna. 5 minit setiap lapis dan 20 minit untuk lapisan terakhir.

4. Bila sudah masak, sejukkan kuih sebentar, potong dan sajikan.