
Resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake
Bahan Base: Saiz 6 inci
- 80 gram digestive biscuits
- 4 atau 3 ketul ferrero rocher
- 40 gram butter yang dah dicairkan
Bahan Chocolate Cheesecake:
- 500 gram cream cheese
- 250 milk chocolate
- 220 dairy whipping cream
- 4 ferrero rocher yang dah dihancurkan kecil-kecil
- 2 sudu makan serbuk koko (tak nak masukkan pun takpe. Tujuan untuk bagi warna cantik terang sikit pada lapisan ni dan seimbangkan rasa manis sebab milk chocolate ni coklat yang manis sikit)
- 1 sudu kecil susu pekat manis
- 2 sudu makan gula icing (nak manis lagi boleh tambah lagi gula)
- 1 sudu kecil vanila essen
Bahan Chocolate Ganache Teknik Dripping:
- 140 dark coklat
- 90 whipping cream dairy
- 1 sudu kecil butter
Cara Membuat:
1. Base; Hancurkan 80 gram digestive biscuits bersama 4 atau 3 ketul ferrero rocher. Lepas itu, masukkan 40 gram butter yang dah dicairkan. Gaul sebati dan mampatkan dalam loyang 6 inci.
Chocolate Cheesecake;
2. Masukkan 500 gram cream cheese yang dah dibiarkan pada suhu bilik. Pukul kejap dalam 2 minit then masukkan 250 milk chocolate YANG SUDAH DICAIRKAN AWAL-AWAL.
3. Masukkan 2 sudu makan serbuk koko (Optional, tak nak masukkan pun takpe). Masukkan 1 sudu kecil susu pekat manis dan 2 sudu makan gula icing (nak manis lagi boleh tambah lagi gula) dan akhir sekali masukkan 1 sudu kecil vanila essen.
4. Pukul sebati semua bahan-bahan ni. Letak tepi jap Then pukul whipping cream sejuk-sejuk sampai kental.
5. Satukan cheese tadi dan whipped cream pakai spatula. Gaul dalam 30 saat then masukkan 4 ketul ferrero rocher yang dah dihancurkan kecik-kecik dalam adunan.
6. Sambung kaup balik sampai sebati dan takde putih-putih whipping cream. Dah sebati masukkan dalam loyang atas lapisan base tadi. Setkan dalam peti sejuk dalam 3 jam.
Chocolate Ganache Teknik Dripping;
7. Cairkan double boil 140g dark coklat dan 90g whipping cream dairy + 1 sudu kecil butter. Cairkan pakai teknik double boil.
8. Bila dah cair elok berkilat dan tak berketul. Set aside. Biarkan dalam 15 minit. Gaul-gaul lagi coklat ni suoaya tak berketul. Bila dah jadi smooth masukkan dalam piping bag.
9. Keluarkan kek yang dah set dalam peti. Tanggalkan dari loyang. Kemas sikit-sikit pakai spatula supaya licin elok je cheesecake hampa sebelum kita buat dripping ganache.
10. Dripkan dulu tepi-tepi tu. Drip tu kena kebelakang sikit dari hujung-hujung kek supaya drip tu jatuh dengan cantik, dah siap drip. Atas tu pakai piping jugak penuhkan ganache ataa tu ya.
11. Buat hati hati. Setkan dalam peti dalam sejam. Taraa dah boleh makan. Sedap sangat tau.
Nota:
- Pakai loyang spring form atau loose. Jangan alas baking paper nanti kek jadi tak cantik.
- Smoothkan tepi-tepi cheesecake pakai spatula or apa-apa tool yang boleh smoothkan cheese tu supaya nanti bila tuang ganache cantik je bentuk kek.
- Bekas sq450 dapat 4 bekas. Hargaa kena 20 hengget ke atas sebabnya semua orang tahu Ferrero ni mahal ya.
Selamat mencuba semua. Jangan lupa share tau bila dah buat ya.
Resepi Oleh: Muhammad Ali