Resepi Puding Seriayu
Bahan-Bahan:
10gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung – bancuh dulu dengan sedikit air
1 tin susu cair @ 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air – jadikan 2 cawan santan
3 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau/ikut suka
Cara Menyediakan:
1. Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. Masukkan gula, daun pandan, dan kacau-kacau rata.
2. Masukkan susu cair/santan, kacau-kacau. Masukkan tepung kastard, kemudian secubit garam. Kacau-kacau sebati hingga mendidih (sentiasa kacau).
3. Bahagikan adunan 2 bekas. Satu untuk putih, satu lagi warna hijau.
4. Basahkan acuan seriayu, tuang yang warna putih separuh acuan atau agak-agak. Biarkan sedikit beku.
5. Tuang adunan agar-agar yang warna hijau hingga penuh acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
6. Dah keras atau sejuk, boleh keluarkan puding dari acuan. Sedap menikmati puding ni sejuk-sejuk.
Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN