Kuih Muih

Resepi Kuih Getas

resepi-kuih-getas

Resepi Kuih Getas

Bahan-Bahan:

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut- kelapa muda
130 ml air
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn air
sehelai daun pandan

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung pulut, kelapa, garam dan air, gaul hingga menjadi doh.

2. Kepal bulat2 dan dileperkan ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk.

3. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Biarkan seketika.

4. Dikuali lain, masak gula, air dengan daun pandan hingga pekat, bebuih dan bertali.

5. Masukkan kuih yang telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api. Hidangkan.