Kuih Muih

Resepi Kuih Dadar Filling Coklat

resepi-kuih-dadar-filling-coklat

Resepi Kuih Dadar Filling Coklat

Bahan-Bahan:

1 cwn fresh milk
1 cwn (125gm) tepung gndum
1 biji telur – kacau skit
1 sd besar butter/marjerin/minyak
1/2 sd kecik esen vanila
1/4 sd kecik garam
1/2 sd besar serbuk koko

Cara Buat:

1. Cairkn butter/marjerin. Satukn bersama bahan-bahan lain kecuali serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.

2. Ambik 1/3 cawan adunan dan campur serbuk koko, kacau sebati. Panaskan pan guna api kecik dan sapu minyak.

3. Letak sedikit adunan plain dan paipkan adunan coklat atasnya (buat corak ikut suka).

4. Biar masak dan angkat bila bahagian atas kering. Letakkan bahagian bercorak di bawah. Letak coklat spread dan gulung.

+ Lebihkan serbuk koko jika buat dadar warna coklat
+ Boleh letak filling lain bersama coklat spread (cream cheese/cheese parut/pisang).

Filling Coklat

Bahan-Bahan:

1 cwn fresh milk
3/4 cwn (90gm) serbuk malt coklat – boleh ganti milo
4 sd besar serbuk koko
1/4 cwn (30gm) tepung jagung
1 sd besar gula – boleh tambah
1 sd besar butter

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Kampung Gula Merah

Cara Buat:

1. Satukan semua bahan kecuali butter. Whisk sebati hingga semua larut.

2. Masak atas api kecik dan sentiasa kacau hingga pekat. Tutup api, masuk butter dan kacau sebati. Sejukkan.

+ Tahan hingga 2 minggu jika simpan dalam peti ais
+ Guna sudu kering tiap kali ambil coklat
+ Untuk tekstur lebih halus blend sekejap coklat jika suka

Resepi Oleh: Nor Izan Mustapa