Kek

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

resepi-kek-lapis-kukus-cream-cheese

Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Bahan-Bahan:

Bahan A – Cream Cheese

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Bahan Kek –

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar sebuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan digris)

Cara Membuat:

Bahan A – Cream Cheese

1. Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.

2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Kek –

1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.

2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam. Masukkan air panas, susu dan minyak.

3. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

4. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.

5. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

6. Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

Tips:

– Untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.

– Untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang disukai.

Kek Lapis Kukus Cream Cheese