Sayur

Resepi Acar Timun Masak

resepi-acar-timun-masak

Acar timun mak kite. Setiap kali puasa mesti mak buat acar timun ni banyak-banyak. Makin lama simpan makin sedap.. Masam manis.. Masak lama-lama sikit. Time sahur, tak panaskan pun takpe, gaul terus dengan nasik panas-panas. Makan dengan ikan goreng, best dah.. Ada yang suka tak? Hehe..

Resepi Acar Timun Masak

Bahan-Bahan:

2 batang timun
1 batang lobak merah
Lobak asin
6/7 ulas bawang putih
6/7ulas bawang merah atau 1½ bawang besar
[email protected] sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
2 atau 3 sudu besar cili kering yang dah dblend
1 sudu serbuk cili
4 biji cili merah (dibelah, potong 3)
Halia dihiris
Kismis (ikut suka)
Bijan disangai (nak letak boleh, tak letak takpe)
Kacang tanah disangai (tumbuk kasar)

Cara-cara:

1. Bawang putih dan bawang merah belah 3 atau 4, bawang besar dimayang.

2. Lobak merah dan timun dpotong memanjang. Rendam dalam air garam. Kemudian cuci bersih.

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan cili blend dan serbuk cili. Tumis sampai wangi.

Cuba Resepi Ni:  Menu Pembuka Selera Acar Talang Ikan Masin

4. Masukkan cuka dan air. Biar sampai mendidih. Masukkan timun, lobak merah, lobak asin, cili merah dan kismis.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak bijan dan kacang, boleh letak sekali. Kemudian bila dah nampak sebati semua, bolehlah padamkan api.

Resepi Acar Timun Masak

Resepi Oleh: Nama Saya Siti Aisyah