Snek, snek

Resepi Keropok Lekor Inti Cheese

resepi-keropok-lekor-inti-cheese

Resepi Keropok Lekor Inti Cheese

Bahan-Bahan:

500g isi ikan(dikisar/dihancurkan)
230g tepung sagu/ubi kentang/ubi kayu
20g tepung jagung
2 sudu besar garam & 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Air (dimasukkan sekadar membolehkan doh keropok dibentuk)
Cheese

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung sagu & jagung dalam satu bekas dan gaul rata (bukan bekas isi ikan).

2. Masukkan gula ke dalam isi ikan dan gaul sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sehingga rata.

3. Tuang sedikit air, kemudian masukkan tepung yang dah digaul tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.

5. Campurkan air secukupnya dalam bancuhan sehingga semua bahan sebati dan menjadi doh. Hati-hati masukkan air jangan terlalu sedikit, keras nanti keropok tu. Atau terlalu banyak susah nak bentuk kepok nanti)

6. Siap doh, rehatkan dalam 5 minit dan terus bentuk ikut bentuk yang dimahukan. Jangan Lupa Masukkan cheese.

7. Selesai bentuk keropok lekor, rebus dalam air panas mendidih selama 5-10 minit atau sehingga keropok lekor timbul dipermukaan air dan kembang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Chicken Cheese Ball

8. Siap angkat keropok rebus tadi dan boleh dihidangkan. Boleh juga digoreng, ikut selera anda.