Resepi Buttermilk Chicken

Resepi Buttermilk Chicken

Bahan-Bahan:

1 ketul Dada Ayam – potong kiub kecil
1 biji Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih – cincang
2 tangkai Daun Kari
3 biji Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.

2. Kemudian, golekkan ke dalam tepung Kentucky dan goreng sehingga masak atau garing.

3. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga wangi.

4. Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.

5. Tuangkan ke atas ayam goreng dan hidangkan segera dengan nasi putih.