Ayam

Resepi Ayam Masak Beriani

resepi-ayam-masak-beriani-2

Resepi Ayam Masak Beriani

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – dipotong
1 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato – dipotong
5 sudu besar rempah beriani
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puree
3 susu besar bawang goreng
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar – dihiris
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4 biji cili hijau* – semua bahan dikisar

Cara Memasak:

1. Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam. Goreng setengah masak.

2. Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan rempah beriani, daun ketumbar dan sedikit air dan kacau sebati.

3. Masukkan tomato puree, tomato sos, kismis, bawang goreng dan buah tomato. Kacau rata.

4. Masukkan susu cair dan ayam sambil kacau hingga ayam masak. Perasakan garam dan gula secukupnya. Sedia dihidang.

Resepi Oleh: Zam Zuhaini Khalid